Objektif
  1. Memberi bantuan sosial dan psikologikal kepada pesakit SLE serta keluarga mereka.
  2. Meningkatkan pemahaman tentang SLE dan Penyakit Campuran Tisu Penghubung (MCTD) di kalangan pesakit SLE, keluarga mereka serta masyarakat secara umumnya.
  3. Mengumpul, menyusun dan menyebarkan maklumat tentang sebab, pencegahan, program-program penyelidikan dan bantuan yang sedia ada bagi menangani SLE dan MCTD yang berkaitan.
  4. Beroperasi sebagai pusat sumber bagi maklumat dan penulisan berkenaan SLE dan MCTD yang berkaitan.
  5. Menggalak dan meningkatkan penyelidikan dan aktiviti lain berkaitan dengan pencegahan, diagnosa, sebab dan rawatan bagi SLE dan MCTD yang berkaitan.
  6. Menambahkan bantuan kewangan bagi penyelidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan bagi SLE dan MCTD berkaitan.
  7. Menganjur dan mengendalikan projek-projek yang menawarkan perkhidmatan kepada pesakit SLE dan MCTD berkaitan.
  8. Bekerjasama dengan semua agensi awam dan swasta yang berkaitan bagi mereka yang mengidap SLE dan MCTD berkaitan.
  9. Mengesyor dan membantu dalam pembentukan undang-undang yang mungkin diperlukan untuk menolong dan mempertingkatkan perkhidmatan kepada mereka yang mengidap SLE dan MCTD berkaitan.
  10. Berkempen untuk menerima, memegang dan memohon dana, hadiah, harta pesaka serta wang peninggalan atau keuntungan daripadanya bagi mana-mana tujuan yang terkandung dalam objektif kami.
  11. Menyelaras perkembangan dan perjalanan semua aktiviti yang berkaitan dengan SLE dan MCTD berkaitan.