Nak Membantu?

Jadi seorang sukarelawan untuk membantu di dalam aktiviti kami

Buat masa sekarang PSLEM hanya mempunyai seorang pekerja sepenuh masa dan kebanyakan kerja di persatuan dilakukan dengan bantuan sukarelawan. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang kepada kerja-kerja amal, sila beritahu kami bagaimana anda boleh membantu. Contoh-contoh kerja yang boleh dilakukan: kemasukan data, kaunseling di hospital, melawat dan memberi semangat kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad, dan juga membantu di dalam walkaton “Walk-a-Payung” yang dianjurkan setiap tahun oleh PSLEM.

Menyumbang kepada kebajikan

Kerja-kerja oleh PSLEM dibiayai oleh penderma korporat dan juga orang perseorangan. Semua sumbangan tunai adalah diberi pengecualian cukai. Untuk menyumbang, anda boleh:

  • Muat turun borang derma dan poskan cek/wang pos anda bersama dengan borang supaya kami boleh menghantar resit pengecualian cukai kepada anda. (Anda perlu memuat turun dan memasang perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka borang tersebut.)
  • Bankkan sumbangan anda kepada ““Persatuan SLE Malaysia” di akaun CIMB no akaun:1266-0000638-054 ataupun di akaun MayBank no akaun: 514011555411 dan poskan slip bank bersama dengan borang derma supaya kami boleh menghantar resit pengecualian cukai kepada anda
  • Jika anda merupakan pelanggan Bank CIMB, Bank Islam, Bank Hong Leong, MayBank dan Public Bank, anda juga boleh menderma melalui CIMB Clicks ataupun MEPS FPX. Sila ke CIMB Cares – halaman derma PSLEM untuk membuat sumbangan.