Rancangan Masa Depan

Sebagai satu-satunya persatuan di Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang menghidap SLE, PSLEM terpaksa bekerja kuat untuk meluaskan khidmatnya kepada semua negeri di Malaysia, untuk memberi manafaat kepada semua pesakit SLE di negara ini. Selain daripada Urusetianya di Petaling Jaya, PSLEM bercadang untuk membuka Pusat Kaunseling Daerahnya seperti berikut:

  • Di Georgetown, Pulau Pinang yang akan meliputi kawasan utara
  • Di Johor Bahru, Johor yang akan meliputi kawasan selatan
  • Di Kuantan, Pahang yang akan meliputi negeri-negeri Pantai Timur
  • Di Kota Kinabalu yang akan meliputi negeri Sabah
  • Di Kuching yang akan meliputi negeri Sarawak