Main menu:

Selamat Datang PSLEM (Tengah) PSLEM (Utara) Kenyataan Dasar

Site search

Pertandingan fotografi bagi merayakan Hari Lupus Sedunia tahun ini

Perayaan Hari Lupus Sedunia tahun 2008 akan diraikan secara visual, hasil kerjasama ahli-ahli Shutter Asia yang akan mengadakan pertandingan fotografi dan semua yuran penyertaan akan didermakan kepada Persatuan SLE Malaysia (PSLEM).

PSLEM membuka cawangan baru di Pulau Pinang

Pejabat PSLEM Malaysia yang baru dibuka di Pulau Pinang (PSLEM Pulau Pinang) di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama, telah bermula dengan baik hasil kemurahan hati orang Pulau Pinang yang mesra.

Pada awalnya, pejabat yang kosong itu perlu dibersihkan, perlu dicat semula, dan lantai simennya memerlukan linoleum. Bilik itu juga memerlukan bidai-bidai tingkap serta kunci bagi pintunya. Berhadapan dengan situasi sedemikian, Koordinator Projek PSLEM, Nancy Ong, telah meminta bantuan daripada rakan-rakan serta saudara-mara beliau yang berada di Pulau Pinang.

Cerita Penuh

2007 - Suatu Tahun Yang Penuh Dengan Peristiwa

Tahun 2007 merupakan tahun yang penuh peristiwa bagi Persatuan SLE Malaysia. kerana PSLEM telah mengambil bahagian dalam perayaan Hari Lupus Sedunia pada 10hb. Mei 2007, menganjurkan beberapa forum di seluruh negara serta dua perkhemahan keluarga pada bulan Jun dan September.

Laporan Penuh