Main menu:

Selamat Datang PSLEM (Tengah) PSLEM (Utara) Kenyataan Dasar

Site search

PSLEM salah satu daripada 10 NGO teratas di Malaysia

Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) telah diiktirafkan sebagai salah satu daripada 10 NGO teratas di Malaysia dalam majlis Anugerah NGO Malaysia 2008 yang diadakan di Petaling Jaya pada 19 Mei 2008.

Yayasan PT telah dinamakan NGO Malaysia teratas, diikuti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan di tempat kedua, sementara Rumah Cheshire Selangor dan Befrienders seri di tempat ketiga.

Pilihan itu adalah berdasarkan aspek kawalan, kejujuran, pengurusan sumber, dan amalan pengumpulan dana. Kesah 10 NGO yang dipilih akan dimuatkan dalam sebuah buku khas sebagai panduan tentang praktik-praktik yang sempurna serta ketelusan dalam penggunaan dana.

Memandangkan betapa kecil dan mudanya usia PSLEM, Jawatankuasa Eksekutif amat bersyukur kerana telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 NGO teratas dan telah berikrar untuk meneruskan usaha murni mereka.

Pemenang Pertandingan ”Apa-apa Sahaja Asalkan Rama-Rama”

Hadiah Pertama: Hemin Xylan B. Mahzan

Komen pengadil:
” … dipilih kerana kejelasan subjeknya serta latar belakangnya yang bersih dan terang. Warna yang digunakan juga menarik: langit yang biru, bunga yang merah serta kontra dan definasi pada rama-rama biru itu.”

Hadiah Kedua: Low Wuu Shin

Komen pengadil:
” … kami sukakan komposisi dan penggunaan pokok sebagai garis untuk menarik perhatian penonton kepada rama-rama. Warna yang digunakan juga menyegarkan dan kami gemarkan bahagian yang terang pada pokok akibat cahaya matahari.”

Hadiah Ketiga: Goh Lai Chong

Komen pengadil:
” … dari segi teknikal ia satu hasil kerja yang hebat (tetapi) ia tewas kepada gambar yang pertama dan kedua kerana kekurangan kesegaran yang terdapat dalam gambar-gambar tersebut.”

Tahniah kepada pemenang-pemenang!

Ucapan terima kasih kepada James Wu dan pasukannya di Shutter Asia kerana menganjurkan pertandingan ini dan mendermakan yuran penyertaan kepada dana PSLEM.

Hari Lupus Sedunia 2008

Sama-samalah kita ke Pusat Membeli-belah 1 Utama pada hari Sabtu 10 Mei 2008 bagi meraikan Hari Lupus Sedunia, sambil bergembira menyaksikan pameran hasil kerja peserta pertandingan fotografi Apa-apa Rama-rama. Pertandingan ini adalah anjuran Shutter Asia dan semua yuran penyertaan akan didermakan kepada Persatuan SLE Malaysia (PSLEM). Selain itu, anda juga berpeluang mengikuti ceramah oleh beberapa orang pakar perubatan yang dihormati.

Pelancaran rasmi Hari Lupus Sedunia 2008 oleh YB Dato’ Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia, termasuklah acara pemotongan kek serta bacaan pengisytiharan Hari Lupus Sedunia.

Sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi (03) 7957-7672, atau dengan menghantar email kepada pslemq@gmail.co. sebelum hari Khamis, 8 Mei 2008.

10 pesakit SLE yang pertama tiba pada 10 Mei akan menerima sekaki payung Nikon, sumbangan Nikon Malaysia.

Acara Hari Lupus Sedunia Malaysia 2008 akan diadakan di Sudut Komuniti Pusat Membeli-belah 1 Utama Tingkat 1, Kawasan Oval.

Rangkaian web: Program lengkap di sini

Pertandingan fotografi bagi merayakan Hari Lupus Sedunia tahun ini

Perayaan Hari Lupus Sedunia tahun 2008 akan diraikan secara visual, hasil kerjasama ahli-ahli Shutter Asia yang akan mengadakan pertandingan fotografi dan semua yuran penyertaan akan didermakan kepada Persatuan SLE Malaysia (PSLEM).

PSLEM membuka cawangan baru di Pulau Pinang

Pejabat PSLEM Malaysia yang baru dibuka di Pulau Pinang (PSLEM Pulau Pinang) di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama, telah bermula dengan baik hasil kemurahan hati orang Pulau Pinang yang mesra.

Pada awalnya, pejabat yang kosong itu perlu dibersihkan, perlu dicat semula, dan lantai simennya memerlukan linoleum. Bilik itu juga memerlukan bidai-bidai tingkap serta kunci bagi pintunya. Berhadapan dengan situasi sedemikian, Koordinator Projek PSLEM, Nancy Ong, telah meminta bantuan daripada rakan-rakan serta saudara-mara beliau yang berada di Pulau Pinang.

Cerita Penuh