• Acara Walk-a-Payung pada May 2012 di Tropicana!!

    Daftar ONLINE

    Kutipan T-Shirt pada 12-13 May 2012 dari 10am-6pm.

  • Hari Lupus Sedunia di Pulau Pinang 13 Mei 2012.

  • Berita SLE - Isu Jul-Dec 2010 sekarang online and boleh dimuat turun. Muat turun disini..

    Edisi pertama MySLE sudah diedarkan. Pastikan anda mendapatkannya.

  • Akan diumumkan kemudian.

Walk-a-Payung, 2012 | Public Forum - World Lupus Day | MySLE | Family Camp



  • Laman Utama
  • 中文版
  • English Version
  • Site search

    Persatuan SLE Malaysia


      Come and join the next Walk-a-Payung in Tropicana in May 2012.You can register and pay online.Collect your T-shirts on 12-13 May 2012 from 10am to 6pm


      The first edition of MySLE is out. Make sure you get your copy. Downloadable soon!


      World Lupus Day falls on 10 MAY!
      This year it was held in conjuction with WAP


      Stay tuned for the next Family Camp

    PSLEM membuka cawangan baru di Pulau Pinang


    Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama, Pulau Pinang, di mana PSLEM Pulau Pinang mempunyai pejabat di tingkat bawah

    Pejabat PSLEM Malaysia yang baru dibuka di Pulau Pinang (PSLEM Pulau Pinang) di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama, telah bermula dengan baik hasil kemurahan hati orang Pulau Pinang yang mesra.

    Pada awalnya, pejabat yang kosong itu perlu dibersihkan, perlu dicat semula, dan lantai simennya memerlukan linoleum. Bilik itu juga memerlukan bidai-bidai tingkap serta kunci bagi pintunya. Berhadapan dengan situasi sedemikian, Koordinator Projek PSLEM, Nancy Ong, telah meminta bantuan daripada rakan-rakan serta saudara-mara beliau yang berada di Pulau Pinang.

    Mesti ada sesuatu pada wajah Nancy yang riang dan pada gelaknya yang mesra, yang menyebabkan ramai ahli keluarga tampil ke hadapan menghulurkan derma. Mereka telah berjanji untuk mendermakan alat penyaman udara, meja eksekutif, rak TV, almari, rak buku, kipas berdiri serta set sofa. Kawan Nancy, iaitu keluarga Chew, telah menawarkan sebuah komputer, pencetak deskjet, kerusi eksekutif dan sebuah televisysen 14 inci. Berita terakhir yang Berita SLE dengar ialah sebuah pemain DVD telah disumbangkan oleh Encik Arnson, seorang yang baru Nancy kenali!


    Nancy bersama barang-barang yang telah didermakan

    Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak dapat menyumbang dalam bentuk kebendaan, telah menyumbang wang ringgit. Bizline Consultant Services Sdn Bhd telah berjanji untuk membayar sewa pejabat selama setahun, Ms Jessie Ong telah menderma RM200.00 bagi pembelian bidai pejabat, Ms Lilian Chew menderma RM50.00 bagi linoleum untuk lantai, Ms Janie telah membiayai kos mengecat pejabat dan memasang lantai berharga RM50.00, sementara Ms Lim Guat Eng telah menghulurkan derma sebanyak RM350.00 bagi membuka, membaiki, memasang dan menggantikan motor kipas bagi alat penyaman udara yang telah didermakan. Syukur alhamdulillah kepada semua penderma yang sungguh bermurah hati.

    PSLEM Pulau Pinang boleh dihubungi di Tel: (04) 228-7672 atau alamat e-mel pslempg@tm.net.my.