Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15

Rujukan: PSLEM/AGM2010
15 Jun 2010
Y.Bhg. Puan Sri / Y.Bhg. Datuk / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-15
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) akan diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010, 2:30 petang di pejabat PSLEM, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No.16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor (peta) mengikut jadual seperti berikut:
| 2:30 petang | Pendaftaran |
| 3:00 petang | Ceramah ”Kesihatan Tulang dan SLE” oleh Dr. Yeap Swan Sim, Pakar Perunding Rhematologi & Naib President PSLEM |
| 3:30 petang | Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 |
| 4:30 petang | Jamuan ringan |
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 adalah seperti berikut:
- Ucapan Presiden PSLEM
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 yang diadakan pada 28 Jun 2009
- Menimbang dan meluluskan Lapuran Jawatankuasa bagi tahun 2009/2010
- Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
- Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2010/2012
- Melantik firma audit untuk akaun bagi tahun 2010
Usul-usul daripada ahli hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat PSLEM sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Sekian, terima kasih.
”KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG”
Yang benar,

Nur Shaminah Mustafa Kamalu
Setiausaha Kehormat
Persatuan SLE Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina 2012
Walk-a-Payung 2011
Danceworks Productions kembali demi membantu PSLEM. Bertajuk "A White Bat".
Berita SLE - Isu Jul-Dec 2010 sekarang boleh dimuatturun
2011 telah diadakan bersama WAP2011
Jenguk balik untuk pengumuman yang akan datang!!



