Selamat Tahun Baru Cina | Walk-a-Payung, Kuching | The White Bat | Berita SLE | Hari Lupus Sedunia | Kem Keluarga |


  • Laman Utama
  • 中文版
  • English Version
  • Site search

    Persatuan SLE Malaysia


      Danceworks Productions kembali demi membantu PSLEM.
      Klik di sini
      WAP

      22 Mei 2011
      Dataran Timur,PJ
      PSLEM mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan peserta yang terlibat. Jumpa lagi WAP 2012!

    Pesta “Hidup Dengan SLE”

    Tema
    SLE Tak Menghalang Kehidupanku

    Tempat
    Dewan Utama, Tingkat Bawah
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya (peta)
    Nota: Bangunan yang sama dengan Persatuan SLE Malaysia

    Tarikh
    Ahad, 20 Disember 2009

    Masa
    2:30 ptg – 5:30 ptg

    Program

    2:30 ptg Mewarna Rambut Anda Menggunakan Inai
    Lily Loh

    Bahan kimia yang terdapat di dalam pewarna rambut telah menyebabkan pesakit SLE Lily mendapat ruam, tetapi tidak sekiranya menggunakan inai. Lily akan menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menambah minyak zaiton ke dalam inai untuk melembutkan rambut (inai menyebabkan rambut menjadi kering) dan bagaimana untuk menambah teh atau kopi untuk mendapatkan warna rambut yang anda inginkan.
    3:00 ptg Membuat Enzim Cecair daripada Bahan Buangan Organik
    Cheah Geik Kim

    Bagi sesetengah pesakit SLE, bahan pencuci kimia boleh menyebabkan reaksi allergic. Pesakit SLE Geik Kim akan menunjukkan cara membuat enzim cecair dan memberi tip-tip untuk menggunakannya dalam membasuh baju dan pinggan mangkuk anda, dan juga untuk mengemop lantai…tanpa sebarang bahan kimia.
    3:30 ptg Bagaimana Untuk Mengelak daripada Sinaran Matahari dan Masih Kelihatan Menarik
    May Yap

    Anda rasa memakai payung kelihatan seperti orang tua? Pesakit SLE May dan juga kumpulan “line dancing”nya akan menggayakan koleksi topi-topi yang cantik menawan yang boleh membantu pesakit SLE daripada terdedah kepada cahaya matahari. Selepas itu mereka akan mempersembahkan satu tarian “line dancing” di mana anda semua boleh menyertainya untuk melancarkan perjalanan darah masing-masing.
    4:00 ptg Mengapa Sayur-sayuran Organik Adalah Lebih Baik
    Go Green Organic Sdn Bhd

    Go Green Organic Sdn Bhd, sebuah kebun organik di Bukit Sentosa, Rawang akan memberikan ceramah mengenai kebaikan memakan sayuran organik. Mereka juga akan menjual sayuran organik pada harga yang istimewa semasa Pesta “Hidup dengan SLE”.
    4:15 ptg Memasak Menggunakan Sayuran Organik
    Green Meadow Organic Café

    Green Meadow Organic Café, sebuah kafe vegetarian, akan menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk membuat beberapa hidangan istimewa mereka, termasuklah Salad Oriental, Pau Kacang Berinti Salad, Pau Kacang Berinti Beras Perang, dan juga Beehoon Goreng. Dan tentu sekali, kita akan menikmati makanan-makanan yang disediakan pada hari itu!
    5:30 ptg Bersurai

    “Fun Time” Istimewa untuk Kanak-kanak
    Lukisan Muka untuk Kanak-kanak oleh Ms Saka daripada Ghana

    PSLEM membantu dalam menghijaukan bumi!
    Biasanya, kami menyediakan pinggan dan cawan pakai buang untuk anda. Sekarang, kami menggalakan anda membawa bekas makanan dan minuman sendiri yang boleh diguna semula untuk jamuan ringan anda. Walaubagaimanapun, kami masih akan terus menyediakan sudu dan garpu pakai buang untuk kemudahan anda. Amalan baru ini adalah sebahagian daripada usaha PSLEM untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan tidak terbiodegradasi. Terima kasih.

    Penyertaan Percuma
    Penyertaan adalah percuma, tetapi anda perlu mengesahkan kehadiran anda lebih awal. Untuk mengesahkan kehadiran, sms kepada Siew Lian ke nombor: (013) 3838-644 selewat-lewatnya pada Rabu, 16 Disember 2009. Taip PESTA HADIR 20 DIS<>nama penuh anda<>dan berapa orang dewasa dan kanak-kanak.
    Contoh: PESTA HADIR 20 DIS SITI ABU BAKAR 2 DEWASA 1 KANAK.